Sunday, September 19, 2010

raya 2010

sudah seminggu raya berlalu.tahun pertama beraya sebagai isteri dan pengalaman pertama berpuasa dalam keadaan mengandung...alhamdulillah kandungan sudah berusia 3 bulan.semoga semuanya selamay sehingga melahirkan.selera makan???? masih kurang lagi,tetapi semakin baik dari bulan puasa.

tahun kedua raya tanpa ayahnda tercinta.sedih di pagi raya kerana tidak dapat mencium tangan ayah.rindu terubat apabile dapat mencium tangan bapak mertua ku.walaupun ayah sudah hilang di mata,ayah tetap ada dalam hati ila smpai bile2.

raya tahun ni aku dan suami beraya di kampung suami di baling.memandangkan mama dan adik-beradik yang lain beraya di gerik,tahun ini aku tidak pulang ke kota bharu.terima kasih kepada mama dan adik-beradik yang lain kerana datang ke baling di hari raya pertama.kalau tidak,raya tahun ini mencatat sejarah,aku beraya tanpa mama dan adik-beradik yang lain.di baling semua juadah & kuih-muih di hari raya di sediakan oleh ibu mertua ku...sorry yer mama cz tak dapat nak tolong mama sediakan juadah di pagi raya...apa2 pn mee kari mama & cili jeruk abah memang sedap.

raya kedua aku dan suami ke Kuala Kangsar mengambil anak2 untuk beraya bersama di gerik.tahun ni ade gathering keluarga penghulu hj. wan teh.cukup meriah raya ku kali ini...ada suami dan anak2 di sisi,dapat berkumpul ramai2 dan buat pertama kalinya gathering di adakan di hari raya.alhamdulillah selera makan ku elok unuk 2 hari raya.dapat jugak aku merasa serba sedikit juadah di hari raya.