Wednesday, December 24, 2008

24.12.2008

pukul 9.30 malam :
aku baru sampai di rumah...terpaksa menyiapkan segala tugasan yang ada sebelum aku bercuti...hari ini aku mendapat tahu yang 'kes' aku akan di panjangkan kepada 'kjp'.semalam aku telah di pangil oleh 'kp pk' untuk memberi penjelasan ke atas kelewatan permohonan cuti pegawai...memang aku akui itu adalah salah dari aku...aku yang lalai dan terlepas pandang...tapi apakan daya,nasi dah jadi bubur...so aku akan terima segala akibat dan hukuman yang akan dikenakan...cume yang aku terkilan,kerana kesalahan yang kecil dan pertama kali aku lakukan,kes ini di perbesarkan...sedangkan ada lagi kes yang melampau dan besar yang di lakukan tidak di ambil tindakan...aku berserah dan pasrah atas apa yang akan berlaku...

esok...aku akan ke kuala lumpur.saja nak habiskan cuti aku untuk hari jumaat.mama akan ke rumah pakcin,so baik aku ke kuala lumpur sahaja dari memerap di rumah...

* minggu yang memenatkan,hari yang meletihkan...bak kate p.ramlee kerja...kerja...kerja...

Friday, December 19, 2008

minggu ni adalah minggu yang memenatkan.dari hari sabtu lepas sehinggalah ke hari ini,macam2 yang perlu aku lakukan.hari sabtu minggu lepas aku telah mendaftarkan diri di UiTM seri iskandar.insyallah,11.1.2009 aku mula memasuki kelas....emoga aku akan berjaya...insyallah

hari isnin banyak jugak kerja yang menanti.fail berlambak2 di atas meja.rasanya macam nak ku bakar aja bangunan pejabat ku itu.alangkah baiknya kalau ada seorang manusia yang ingin melaksanakan pembakaran pejabattanpa mengambil upah...hehehe mesti lepas tu ramai yang akan bersenang lenag kerana tiada kerja yang perlu di lakukan...

hari selasa aku busy gak coz petang itu aku akan ke kuala lumpur.aku,tuan shah,e.o nurul,en.amir...kami berempat + driver = isi ikan sadin yang pedat di dalam tin....huhhh...aku betul2 raser cm nak marah pun ada.yang aku tahu arahan dr tuan p.t adalah hanya aku,tuan shah & e.o aje yang akan pergi.tapi ade gak insan lain yang akan ikut...aduh...akan berhimpit ler kami di dalam kereta yang tak berapa besar itu...atas urusan tugas dan menurut perintah,ku gagahkan hati ku ini juga untuk meneruskan perjalanan yang membara itu...kami bermalam di plaza hotel...penat sungguh dengan perjalanan yang sememangnyer tak berapa selesa.esok pagi kami akan berada di maktab polis untuk taklimat dan akan pulang semula ke ipoh pada sebelah petang.

hari khamis,masuk pejabat dapat tahu ade bisikan2 sumbang yang tak sepatutnya kedengaran...aku pun tak fahan dengan insan2 di dalam pejabat ini yang suka mempertikaikan urusan orang lain walaupun itu adalah arahan dari pihak atasan.tapi tak ramai pun insan2 ini,hanya lebih dr seorang jer.tapi kalau aku malas nak ambik pusing,aku abaikan jer,angap jer cam bunyi langau yang kadang2 datang terbang di tepi telinga.

hari ini pulak,jumaat,aku ade urusan yang peribadi sikit...heheheh..walaupun tak der ler peribadi sangat.tapi ok ler tu...insyallah minggu depan aku akan dapat ......

esok pulak...memang ler ada hal,kenduri shila.tapi urusan pejabat pun banyak jugak.ntah ler...aku pun pening gak,kalau tak g kenduri dia kawan yang tak berapa rapat ler.tapi kalau g,camner keje yang perlu aku siapkan...huhhhhh...poning...poning...poning....

Sunday, December 14, 2008

~ rumah ku syurga ku ~





ahad yang boring

14 disember 2008, 3.24 pm

tak tau nak wat per.pagi tadi ngtkan nak ke pasar,tapi terlajak tidur sampai kul 10.ini semua adalah berpunca dari insan yang bernama abg zul.atas ajakan dia lah aku tido lambat kerana kami-kami telah memenuhkan restoren nasmer yang sememangnyer dah penuh dengan insan-insan yang tak mengenal waktu malam itu adalah waktu untuk tido.pekena milo ais,nasi putih,telur dadar & tomyan kaw nasmer,lepak sampai embun jantan pun dah masuk tido balik,baru ler kami-kami pulang mencari katil di rumah masing-masing.

apa yang ada lagi di pasar di waktupukul 10 itu???...so aku pun melelapkan mata ku untuk beberapa waktu lagi...bangun tido terus mandi.kemudian intai di dalam peti ais apa yang boleh di lantak untuk menu tengah hari ini.dengan macam2 adaaaa...aku memulakan operasi di dapur untuk menyiapkan juadah yang akan dilantak nanti.selesai tugasan khas ku itu,aku mula menikmati masakan ku tadi sambil menonton melodi...melodi hari ni tak der cerita yang menarik tetarik da bom...tapi layannnnn jer lerrrrr

ari ni tak der xtvt yang nak aku buat...so aku cube menjadi juruhias dalaman di rumah ku.puas ku pusing tungang terbalik segala apa yang ada di dalam rumah ku itu...tapi akhirnyer keputusan yang aku dapat masih juga kureng memuaskan...di sebabkan kepenatan yang teramat sangat di atas kerja-kerja baik pulih yang tak berapa berpaedah itu,aku mengambil keputusan mengakhirkan ia dengan pemandangan yang terakhir aku buat....

# hujan tengah lebat...cam ner nak gi pasar malam.aku nak beli bulu ayam dan penyapuh...huhhhh

Saturday, December 13, 2008

hari yang penat

hari ni aku pagi2 lagi dah keluar rumah...sesudah subuh jam 6.45 aku dah merangkak keluar rumah...huhhh pagi betul rasernya.tapi apakan daya,atas urusan peribadi yang penting,terpaksa ku redahkan jua.

pagi tadi aku ke uitm untuk mendaftar.masuk bulan 1 nati bermulalah episoh hidup ku separuh student separuh pekerja...aku kuatkan semangat,tabahkan hati jer melalui semua ni...harap2 aku dapat habiskan study ku ini.

balik dari mendaftar aku ikut kawanku ke rumah kenduri kawin kawan dia.rezeki ari ini.malam ni aku takder bender nak wat...so layang internet ler.apa lagi....kul 10.30 nati baru nak g tengok tv.

esok aku tak tau lg nk wt per...rsernyer nk g pasar jap...pas tu nak g bli nasi lemak makcik sodap...pas tu bli lauk-pauk sikit..pas tu blk umh tido blk,t.ari baru bangun masak...

sekarang ni tak der ler bz lg,dah mule kelas nati,harap2nyer tak der ler penat sampai nak pengsang...huhhhh...tak sabar nak belajar balik....

uitm tungguuuuuuu...kedatangan bekas pelajar mu...memang betul ler uitm di hati ku...kau tetetap di hati ku biler dan dimana jua ku berada...

Thursday, December 11, 2008

hari yang meletihkan

hari ni hari yang meletihkan...dari pagi sampai ler ke petang.
dari petang pulak sampai ler ke malam....huhhhh
penat...penat...penat...

dah la kat opis banyak kerja,balik rumah sambung lagi kerja...bak kata p.ramlee,kerja...kerja...kerjaaa...

tapi aku rasa tak kisah sanggat kot cz hari ni aku dah isi minyak banyak (over makan.10q 2 farah coz bagi aku,abg me & en.mizi tumpang kete sport awak g makan KFC) so nak buang balik,kira ok ler aku banyak kerja.tapi kerja aku yang banyak di rumah malam ni rasanya bukan membuang segala toksin2 jahat,lemak2 yang zalim,tapi menambahkan lagi ada la.

esok ada makan2 di pejabat aku.so malam nio aku buat part aku untuk esok.apa lagi,masakan yang paling senang untuk aku buat,puding telur gula hangus.dan dengan senang hati juga aku menawarkan diri untuk membawa bihun yang telah di celur dan kicap perah asam limau yang di campur dengan cabai yang ti tumbuk dengan bawang putih....kan senangggg...dari aku di suruh membawa ntah apa2 ntah yang tak mampu untuk aku buat...banyak jugak bekas yang nak aku bawak esok...10q pd en.jamil coz izinkan aku menumpang kereta beliau...best jugak jadi orang bujang tunggal di pejabat (sambil senyum perasan)...ramai yang sudi membantu (ntah2 kerana terpaksa)...tapi sekali sekala kalau aku fikir,alangkah baiknya kalau aku ada kereta...senang untuk aku merewang & berpoyer-poyer...tapi memandangkan aku mempunyai lesen P = PENAKUT aku tak tau ler biler akan aku miliki sebijik kereta idaman kalbu...insyallah ada rezeki nati,ada ler tu

mata ku ni pun dah nak lelap...esok kene bangun pagi sikit coz nak celur bihun...bagusnyer kalau ada orang gaji kan...hehehe...tak per...tak per...tak per...banyak duit nati aku ambik orang gaji...wakaka...wakaka...wakaka

selamat malam....

Tuesday, December 9, 2008

hari raya korban

dah lamer aku tidak menulis blog.tapi kali ini aku menukar lagi kepada blog yang baru...ntah sudah kali ke berapa aku menukar blog.

semalam semua umat islam menyambut hari raya korban
.begitu juga dengan aku,walaupun berada jauh di perantauan,jauh dari keluarga,jauh dari adik beradik,aku tetap juga menyambut hari raya korban ini walaupun aku tak berkorban....

hari sabtu aku balik ke gerik.pada mulanya aku nak menghabiskan masa cuti di ipoh,tapi bila aku fikirkan balik,baik aku balik aje ke gerik.sekurang-kurangnya aku dapat menikmati masakan makcik-makcik ku di sana.
pada hari raya di rumah 'makcik ton' ada lemang,rendang ayam,rendang udang,kuih muih dan nasi + sambal belacang yang sungguh umphhhhhh wallaaaa....
di rumah 'maksu' pulak ada rendang ayam,bihun sup dan sup daging bersama lemak2 yang sungguh enak dimakan apabila dicicah dengan kicap perah asam limau.
tengah hari pula,aku,'mc tipah' & 'awatif' telah berlenggang mak dating ke rumah 'abang b'.disana merupakan tapak penyembelihan lembu korban dan kenduri kendara daging korban lembu tadi.menu yang di sediakan ialah daging sup di masak bersama dengan sengkuang,tauchu cabai hijau dan air asam.selera ku begitu terbuka sekali walaupun perut ku sudah di isi dengan makanan di rumah 'mak su' pada awalnya.bukan aku sahaja tetapi kedua sepupu ku yang ada bersana begitu juga.kami begitu berselera sekali,sedangkan perut kami baru sahaja diisi sebelum kami berlenggang makdating datang ke rumah 'abang b'.

pada petang raya,aku bersama dengan 'kak shila' bertolak balik ke ipoh.apa kan daya,tugasan di ipoh lebih penting dari membenarkan kami berlama-lama di daerah pengkalan hulu tersebut.

hari ni aku memulakan tugas yang tak berapa aku rajin buat coz semalam adalah hari raya dan masih ramai lagi kawan-kawanku yang bercuti.4 orang pegawai besar di opis ku bercuti raya,hari ini boleh dikatakan raya hindu dan suasana di opis ibarat kucing tak ada,tikus berkeliaran berpesta....