Tuesday, December 9, 2008

hari raya korban

dah lamer aku tidak menulis blog.tapi kali ini aku menukar lagi kepada blog yang baru...ntah sudah kali ke berapa aku menukar blog.

semalam semua umat islam menyambut hari raya korban
.begitu juga dengan aku,walaupun berada jauh di perantauan,jauh dari keluarga,jauh dari adik beradik,aku tetap juga menyambut hari raya korban ini walaupun aku tak berkorban....

hari sabtu aku balik ke gerik.pada mulanya aku nak menghabiskan masa cuti di ipoh,tapi bila aku fikirkan balik,baik aku balik aje ke gerik.sekurang-kurangnya aku dapat menikmati masakan makcik-makcik ku di sana.
pada hari raya di rumah 'makcik ton' ada lemang,rendang ayam,rendang udang,kuih muih dan nasi + sambal belacang yang sungguh umphhhhhh wallaaaa....
di rumah 'maksu' pulak ada rendang ayam,bihun sup dan sup daging bersama lemak2 yang sungguh enak dimakan apabila dicicah dengan kicap perah asam limau.
tengah hari pula,aku,'mc tipah' & 'awatif' telah berlenggang mak dating ke rumah 'abang b'.disana merupakan tapak penyembelihan lembu korban dan kenduri kendara daging korban lembu tadi.menu yang di sediakan ialah daging sup di masak bersama dengan sengkuang,tauchu cabai hijau dan air asam.selera ku begitu terbuka sekali walaupun perut ku sudah di isi dengan makanan di rumah 'mak su' pada awalnya.bukan aku sahaja tetapi kedua sepupu ku yang ada bersana begitu juga.kami begitu berselera sekali,sedangkan perut kami baru sahaja diisi sebelum kami berlenggang makdating datang ke rumah 'abang b'.

pada petang raya,aku bersama dengan 'kak shila' bertolak balik ke ipoh.apa kan daya,tugasan di ipoh lebih penting dari membenarkan kami berlama-lama di daerah pengkalan hulu tersebut.

hari ni aku memulakan tugas yang tak berapa aku rajin buat coz semalam adalah hari raya dan masih ramai lagi kawan-kawanku yang bercuti.4 orang pegawai besar di opis ku bercuti raya,hari ini boleh dikatakan raya hindu dan suasana di opis ibarat kucing tak ada,tikus berkeliaran berpesta....

No comments: