Sunday, December 14, 2008

ahad yang boring

14 disember 2008, 3.24 pm

tak tau nak wat per.pagi tadi ngtkan nak ke pasar,tapi terlajak tidur sampai kul 10.ini semua adalah berpunca dari insan yang bernama abg zul.atas ajakan dia lah aku tido lambat kerana kami-kami telah memenuhkan restoren nasmer yang sememangnyer dah penuh dengan insan-insan yang tak mengenal waktu malam itu adalah waktu untuk tido.pekena milo ais,nasi putih,telur dadar & tomyan kaw nasmer,lepak sampai embun jantan pun dah masuk tido balik,baru ler kami-kami pulang mencari katil di rumah masing-masing.

apa yang ada lagi di pasar di waktupukul 10 itu???...so aku pun melelapkan mata ku untuk beberapa waktu lagi...bangun tido terus mandi.kemudian intai di dalam peti ais apa yang boleh di lantak untuk menu tengah hari ini.dengan macam2 adaaaa...aku memulakan operasi di dapur untuk menyiapkan juadah yang akan dilantak nanti.selesai tugasan khas ku itu,aku mula menikmati masakan ku tadi sambil menonton melodi...melodi hari ni tak der cerita yang menarik tetarik da bom...tapi layannnnn jer lerrrrr

ari ni tak der xtvt yang nak aku buat...so aku cube menjadi juruhias dalaman di rumah ku.puas ku pusing tungang terbalik segala apa yang ada di dalam rumah ku itu...tapi akhirnyer keputusan yang aku dapat masih juga kureng memuaskan...di sebabkan kepenatan yang teramat sangat di atas kerja-kerja baik pulih yang tak berapa berpaedah itu,aku mengambil keputusan mengakhirkan ia dengan pemandangan yang terakhir aku buat....

# hujan tengah lebat...cam ner nak gi pasar malam.aku nak beli bulu ayam dan penyapuh...huhhhh

No comments: