Friday, December 19, 2008

minggu ni adalah minggu yang memenatkan.dari hari sabtu lepas sehinggalah ke hari ini,macam2 yang perlu aku lakukan.hari sabtu minggu lepas aku telah mendaftarkan diri di UiTM seri iskandar.insyallah,11.1.2009 aku mula memasuki kelas....emoga aku akan berjaya...insyallah

hari isnin banyak jugak kerja yang menanti.fail berlambak2 di atas meja.rasanya macam nak ku bakar aja bangunan pejabat ku itu.alangkah baiknya kalau ada seorang manusia yang ingin melaksanakan pembakaran pejabattanpa mengambil upah...hehehe mesti lepas tu ramai yang akan bersenang lenag kerana tiada kerja yang perlu di lakukan...

hari selasa aku busy gak coz petang itu aku akan ke kuala lumpur.aku,tuan shah,e.o nurul,en.amir...kami berempat + driver = isi ikan sadin yang pedat di dalam tin....huhhh...aku betul2 raser cm nak marah pun ada.yang aku tahu arahan dr tuan p.t adalah hanya aku,tuan shah & e.o aje yang akan pergi.tapi ade gak insan lain yang akan ikut...aduh...akan berhimpit ler kami di dalam kereta yang tak berapa besar itu...atas urusan tugas dan menurut perintah,ku gagahkan hati ku ini juga untuk meneruskan perjalanan yang membara itu...kami bermalam di plaza hotel...penat sungguh dengan perjalanan yang sememangnyer tak berapa selesa.esok pagi kami akan berada di maktab polis untuk taklimat dan akan pulang semula ke ipoh pada sebelah petang.

hari khamis,masuk pejabat dapat tahu ade bisikan2 sumbang yang tak sepatutnya kedengaran...aku pun tak fahan dengan insan2 di dalam pejabat ini yang suka mempertikaikan urusan orang lain walaupun itu adalah arahan dari pihak atasan.tapi tak ramai pun insan2 ini,hanya lebih dr seorang jer.tapi kalau aku malas nak ambik pusing,aku abaikan jer,angap jer cam bunyi langau yang kadang2 datang terbang di tepi telinga.

hari ini pulak,jumaat,aku ade urusan yang peribadi sikit...heheheh..walaupun tak der ler peribadi sangat.tapi ok ler tu...insyallah minggu depan aku akan dapat ......

esok pulak...memang ler ada hal,kenduri shila.tapi urusan pejabat pun banyak jugak.ntah ler...aku pun pening gak,kalau tak g kenduri dia kawan yang tak berapa rapat ler.tapi kalau g,camner keje yang perlu aku siapkan...huhhhhh...poning...poning...poning....

No comments: