Wednesday, August 25, 2010

perkembangan terkini

15 Ramadhan...berlalu dengan pantas tanpa di sedari sekiranya ia tidak di hitung setiap hari...semalam lawatan tak rasmi ke hospital,kandungan ku sudah berusia 8 minggu...alhamdullilah semua berjalan dengan lancar walaupun aku lalui dengan keadaan selera makan yang tak mampu nak kunjung tiba.semakin hari,selera makan ku semakin berkurangan,tetapi berat badanku naik 2 kilo...adakah penimbang ituew menipu diri ku & nurse yang menimbang ituew???

sepanjang hari2 mengandung yang aku lalui ini,tak ada apa2 perubahan yang berlaku melainkan selera makan ku semakin melarikan diri..."kesian kt baby ummi...nanti bile ummi dah lalu makan,kite makan yang sedap2 yer,masa tu semua benda yang ummi dan baby teringin kite makan yer"

kuasa Allah tiada siapa yang tercapai dek akal...bile megandung,alah pun muncul.macam2 yang aku dengar,tpi alhamdulillah alah ku hanya pada makanan dan bau makanan.sehinggakan bazar ramadhan tu tak mampu lagi untuk aku jejaki.pengalaman yang tak boleh nak d gambarkan...apa yang berlaku ciptaan yang Allah jadikan ade sebab2 tersendiri.keinsafan sebagai seorang anak dapat ku rasakan apabila aku melalui semua ini.apalah yang mama lalui dulu semasa mengandungkan aku??? susah payah yang mama tanggung selama 9 bulan dan selepasnyer tidak mampu aku bayar dengan wang ringgit.

semoga aku terus kuat dan tabah menghadapi waktu aku mengandung sehinggalah aku melahirkan...aminnnn

dan kepada puterahatiku...terima kasih atas segalanya,terima kasih kerana abang memahami dan sentiasa memberi semanggat kepada saya.ini bukti cinta kita.semoga jodoh kite kekal hingga ke akhir nyawa.....love u so much

Tuesday, August 17, 2010

kisah baru dalam hidup

13 ogos, pada malam hari yang tenang dan damai lena ku tidak boleh di ulit dengan mimpi indah lagi kerana berlaku satu perkara yang merungsingkan diri ini hinggakan lena ku tak mampu di hiasi dengan mimpi2 yang indah.

14 ogos, aku dan suami telah melakukan lawatan sambil belajar ke Damansara Medical Centre.atas sebab2 kesihatan diri ini yang menyebabkan kami berdua mencemar duli ke situ.hari ini juga puasa ku di batalkan atas sebab2 kesihatan.tapi tak mengapa kerana bukan di sengajakan.dengan rela hati aku redha dengan menerima pelawaan Dr. Marziah untuk membatalkan puasa dengan sebiji kurma.

di temani suami tercinta,kami sama2 melihat pada skrin scan sambil mendengar penerangan yang di berikan oleh dr. marziah.Alhamdulillah kandungan ku selamat.kandungan ku berusia 5 minggu dan jangkaan due untuk kandungan ku adalah 11 april 2011 bersamaan dengan birthday my lovely mom.pertama kali melihat baby di dalam kandungan aku marasakan 1 perasaan yang tak mampu nak aku gambarkan dengan kata2.

hari2 puasa ku alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun tekak ini tak mampu untuk menerima nasi dan lauk-pauk yang dahulunya menjadi kegilaan ku.oleh sebab itue folder makan2 di fb ku tidak boleh di update kerana tiada gambar2 makanan yang enak2 yang boleh aku pamerkan.kini aku dapat marasai dan melalui sendiri bagai mana yang di katakan "alah".kini aku jua dapat merasakan bagaimana mama lalui semasa mengandungkan kami adik beradik.pada mulanya aku hanya tak lalu nak manikmati nasi,tetapi kini aku juga tidak boleh manikmati dan melihat lauk pauk yang enak lagi menarik tertarik da bomb di bazar ramadhan itue.juada berbuka ku yang boleh en. tekak ini terima setakat hari ini adalah pengat pisang,satey,ayam goreng (hanya boleh di ratah tanpa makan dengan nasi) dan kuew tiau goreng (itu pun sebelum aku membeli kuew tiau yang tak sedap). sahur ku pula adalah roti sahaja.

"Ya Allah Kuatkanlah hamba mu ini untuk menghadapi saat2 aku mengandung hingga lah aku melahirkan....aminnnn"

Tuesday, August 10, 2010

hari pertama puasa & kembar

hari ini semua umat islam akan memulakan ibadat puasa.alhamdulillah sambutan Ramadhan kali ini selain dari kepulangan adinda bongsu ku,aku di hadiahkan Allah s.w.t dengan berita gembira...aminnnn...

semoga aku dapat menjalani ibadat puasa sehingga selesai dengan berpuasa penuh dalam tahun ini.walaupun suami jauh di mata,tapi puasa tahun ini aku di temani seseorang yang akan sentiasa bersama dengan ku selama 9 bulan...Ya Allah,permudahkan lah kehidupan ku,kuatkan lah hati ku dalam melalui saat2 mengandung ini sehingga aku melahirkan zuriat ku ini...aminnnn...

sembang2 kosong di pejabat...menantu kawan opis ku mengandung kembar dua,anak kawan opis ku juga mengandung kembar 3 dan sepupu ku sendiri kak nu mengandung kembar 2...adakah ini musim kembar????? suami ku sendri mengidamkan anak kembar...apa2 pn rezeki yang Allah kurniakan kepada ku,aku bersyukur dan terima dengan besar hati...aminnnnn

Monday, August 9, 2010

pengalaman pertama

pengalama yang telah lama ingin aku rasakan apabila bergelar seorang isteri...akhirnya aku dapat merasa juga bagaimana perasaan seorang perempuan apabila mendapat tahu yang dirinya telah mengandung...perkara pertama yang terlintas dalam hati ini ialah rasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi aku peluang untuk melalui saat2 sebegini.perasaan yang hadir tidak dapat aku gambarkan dengan kata2,dengan perbuatan,yang aku tahu aku rasa gembira,sedih dan terharu sehinggakan menitiskan air mata.

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

orang pertama yang aku khabarkan tentang berita ini adalah suami tercinta.terima kasih sayang kerana ada bersama dengan saya untuk berkongsi berita gembira kita ini.selepas suami,mama ku orang kedua yang aku ceritakan.nampaknyer mama akan mendapat cucu baru.insan ketiga yang tahu adalah anak sedara kesayangan ku, Alieya.

"Alieya,nanti anty nak dapat baby"...Alieya diam jer...aku pun tak tahu dia paham @ tidak

lebih kurang pukul 6 ptg...sedang aku memakaikan baju untuk Alieya,dia bangun dan memeluk ku "anty jangan la ada baby yer.nanti tak de orang nak main gan alieya lagi"..."kalau anty ada baby,nanti Alieya ada kawan.ada kawan nak main masak2,ada kawan nak main tangga kat rumah nenek"...aku bercakap dengan Alieya....Alieya dian jer...

seminggu lepas balik dari kota bharu,Alieya tak nak cakap dengan Anty ila dia bile aku call.Aku anggapkan ini perkara biasa jer.tapi semalam (08.08.2010) satu rahsia telah terbongkar...apabila mama sampai di Subang Airport,alieya terus mengadu gan nenek satu perkara..."anty dah nak ada baby,anty dah tak sayang Alieya lagi,nenek jer yang sayang Alieya,nenek ade Alieya jer tau"...semua ini ibu alieya yang bagi tau kat aku.baru ler aku tau kenapa dia tak nak cakap gan aku tiap kali aku call dia.bile pikir2 balik,seminggu kanak2 ituew memendam perasaan sorg2.ibu dia ckp,gan ibu pun dia tak cakap per2.kesian Alieya.budak berumur 3 tahun dah boleh pikir apa yang belaku,apa yang bakal belaku,tak tercapai akal ku yang Alieya boleh pikir smpai ke tahap itu.

Anty tetap sayang Alieya tau...minggu ni Anty datang bawak kacang warna-warni yer...