Monday, August 9, 2010

pengalaman pertama

pengalama yang telah lama ingin aku rasakan apabila bergelar seorang isteri...akhirnya aku dapat merasa juga bagaimana perasaan seorang perempuan apabila mendapat tahu yang dirinya telah mengandung...perkara pertama yang terlintas dalam hati ini ialah rasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi aku peluang untuk melalui saat2 sebegini.perasaan yang hadir tidak dapat aku gambarkan dengan kata2,dengan perbuatan,yang aku tahu aku rasa gembira,sedih dan terharu sehinggakan menitiskan air mata.

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

orang pertama yang aku khabarkan tentang berita ini adalah suami tercinta.terima kasih sayang kerana ada bersama dengan saya untuk berkongsi berita gembira kita ini.selepas suami,mama ku orang kedua yang aku ceritakan.nampaknyer mama akan mendapat cucu baru.insan ketiga yang tahu adalah anak sedara kesayangan ku, Alieya.

"Alieya,nanti anty nak dapat baby"...Alieya diam jer...aku pun tak tahu dia paham @ tidak

lebih kurang pukul 6 ptg...sedang aku memakaikan baju untuk Alieya,dia bangun dan memeluk ku "anty jangan la ada baby yer.nanti tak de orang nak main gan alieya lagi"..."kalau anty ada baby,nanti Alieya ada kawan.ada kawan nak main masak2,ada kawan nak main tangga kat rumah nenek"...aku bercakap dengan Alieya....Alieya dian jer...

seminggu lepas balik dari kota bharu,Alieya tak nak cakap dengan Anty ila dia bile aku call.Aku anggapkan ini perkara biasa jer.tapi semalam (08.08.2010) satu rahsia telah terbongkar...apabila mama sampai di Subang Airport,alieya terus mengadu gan nenek satu perkara..."anty dah nak ada baby,anty dah tak sayang Alieya lagi,nenek jer yang sayang Alieya,nenek ade Alieya jer tau"...semua ini ibu alieya yang bagi tau kat aku.baru ler aku tau kenapa dia tak nak cakap gan aku tiap kali aku call dia.bile pikir2 balik,seminggu kanak2 ituew memendam perasaan sorg2.ibu dia ckp,gan ibu pun dia tak cakap per2.kesian Alieya.budak berumur 3 tahun dah boleh pikir apa yang belaku,apa yang bakal belaku,tak tercapai akal ku yang Alieya boleh pikir smpai ke tahap itu.

Anty tetap sayang Alieya tau...minggu ni Anty datang bawak kacang warna-warni yer...

3 comments:

Salina@IbuAqil said...

Alahai Alieya sayang.. Kesian dia.. Tak apa, bg dia masa utk feham.. Tanamkan dalam diri dia mula kasih & sayang pd sepupu dia 2.. Lama2 dia boleh terima jgk.. ;o)

AnggerikRimba said...

bukan takat sepupu dia jer,tpi setiap baby...cz nanti ibu dia dapat baby lg cam ner????

razuwahanim said...

congats!

yess bertambah sorang lagi anak didik makyang!