Tuesday, August 17, 2010

kisah baru dalam hidup

13 ogos, pada malam hari yang tenang dan damai lena ku tidak boleh di ulit dengan mimpi indah lagi kerana berlaku satu perkara yang merungsingkan diri ini hinggakan lena ku tak mampu di hiasi dengan mimpi2 yang indah.

14 ogos, aku dan suami telah melakukan lawatan sambil belajar ke Damansara Medical Centre.atas sebab2 kesihatan diri ini yang menyebabkan kami berdua mencemar duli ke situ.hari ini juga puasa ku di batalkan atas sebab2 kesihatan.tapi tak mengapa kerana bukan di sengajakan.dengan rela hati aku redha dengan menerima pelawaan Dr. Marziah untuk membatalkan puasa dengan sebiji kurma.

di temani suami tercinta,kami sama2 melihat pada skrin scan sambil mendengar penerangan yang di berikan oleh dr. marziah.Alhamdulillah kandungan ku selamat.kandungan ku berusia 5 minggu dan jangkaan due untuk kandungan ku adalah 11 april 2011 bersamaan dengan birthday my lovely mom.pertama kali melihat baby di dalam kandungan aku marasakan 1 perasaan yang tak mampu nak aku gambarkan dengan kata2.

hari2 puasa ku alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun tekak ini tak mampu untuk menerima nasi dan lauk-pauk yang dahulunya menjadi kegilaan ku.oleh sebab itue folder makan2 di fb ku tidak boleh di update kerana tiada gambar2 makanan yang enak2 yang boleh aku pamerkan.kini aku dapat marasai dan melalui sendiri bagai mana yang di katakan "alah".kini aku jua dapat merasakan bagaimana mama lalui semasa mengandungkan kami adik beradik.pada mulanya aku hanya tak lalu nak manikmati nasi,tetapi kini aku juga tidak boleh manikmati dan melihat lauk pauk yang enak lagi menarik tertarik da bomb di bazar ramadhan itue.juada berbuka ku yang boleh en. tekak ini terima setakat hari ini adalah pengat pisang,satey,ayam goreng (hanya boleh di ratah tanpa makan dengan nasi) dan kuew tiau goreng (itu pun sebelum aku membeli kuew tiau yang tak sedap). sahur ku pula adalah roti sahaja.

"Ya Allah Kuatkanlah hamba mu ini untuk menghadapi saat2 aku mengandung hingga lah aku melahirkan....aminnnn"

3 comments:

Anonymous said...

salam....

tahniah pada puan...
saya doakan puan, suami dan bby di dalam kandungan -selamat..insyaAllah..

razuwahanim said...

tak sabar nak membuli..!

AnggerikRimba said...

sekamar rindu : terima kasih di atas doa itu

apa makyang ni...xbaik tau pasang niat cam gitu....