Wednesday, August 25, 2010

perkembangan terkini

15 Ramadhan...berlalu dengan pantas tanpa di sedari sekiranya ia tidak di hitung setiap hari...semalam lawatan tak rasmi ke hospital,kandungan ku sudah berusia 8 minggu...alhamdullilah semua berjalan dengan lancar walaupun aku lalui dengan keadaan selera makan yang tak mampu nak kunjung tiba.semakin hari,selera makan ku semakin berkurangan,tetapi berat badanku naik 2 kilo...adakah penimbang ituew menipu diri ku & nurse yang menimbang ituew???

sepanjang hari2 mengandung yang aku lalui ini,tak ada apa2 perubahan yang berlaku melainkan selera makan ku semakin melarikan diri..."kesian kt baby ummi...nanti bile ummi dah lalu makan,kite makan yang sedap2 yer,masa tu semua benda yang ummi dan baby teringin kite makan yer"

kuasa Allah tiada siapa yang tercapai dek akal...bile megandung,alah pun muncul.macam2 yang aku dengar,tpi alhamdulillah alah ku hanya pada makanan dan bau makanan.sehinggakan bazar ramadhan tu tak mampu lagi untuk aku jejaki.pengalaman yang tak boleh nak d gambarkan...apa yang berlaku ciptaan yang Allah jadikan ade sebab2 tersendiri.keinsafan sebagai seorang anak dapat ku rasakan apabila aku melalui semua ini.apalah yang mama lalui dulu semasa mengandungkan aku??? susah payah yang mama tanggung selama 9 bulan dan selepasnyer tidak mampu aku bayar dengan wang ringgit.

semoga aku terus kuat dan tabah menghadapi waktu aku mengandung sehinggalah aku melahirkan...aminnnn

dan kepada puterahatiku...terima kasih atas segalanya,terima kasih kerana abang memahami dan sentiasa memberi semanggat kepada saya.ini bukti cinta kita.semoga jodoh kite kekal hingga ke akhir nyawa.....love u so much

2 comments:

razuwahanim said...

kepada puterahatimu...

terima kasih juga kerana sudi menyemponsor minyak kereta nak balik raya nanti huahuahua....

ikhlas dari,
bakal guru latihan vokal anak miko :P

AnggerikRimba said...

aaadduuuhhh...guru ajaran sesat dah sampai dahhhhhh